fbpx

Ahmad Said dan isteri positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad dan Norliza disahkan positif Covid-19 hari ini.

KEMAMAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif Covid-19.

UMNO Kemaman menerusi laman Facebooknya memaklumkan Ahmad dan isterinya baru menerima keputusan ujian saringan tersebut sebentar tadi.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Ahmad yang juga bekas menteri besar Terengganu dan isteri sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

“Dengan penuh dukacitanya dimaklumkan Datuk Seri Ahmad Said dan Toh Puan Seri Norliza telah didapati positif Covid-19.

“Datuk Seri Ahmad dan Toh Puan Seri Norliza telah menerima rawatan di hospital,” menurut hantaran Facebook tersebut hari ini.

Kenyataan tersebut turut meminta semua pihak mendoakan kesihatan kedua pasangan tersebut.

“Marilah kita bersama-sama doakan kesihatan Datuk Seri Ahmad Said dan Toh Puan Seri akan kembali pulih seperti biasa, InsyaAllah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI