fbpx

Terbuka Australia kelam-kabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZARENKA merupakan salah seorang pemain yang perlu menjalani kuarantin dan tidak dibenarkan berlatih menjelang Terbuka Australia 8 Februari ini. – AFP

MELBOURNE – Seramai 47 pemain dan 143 pengunjung dikenakan kuarantin wajib selama 14 hari oleh Kerajaan Australia selepas kesemua mereka disahkan mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Semalam, kerajaan Australia mengeluarkan kenyataan terdapat seorang pramugari dan dua penumpang diuji positif Covid-19 berada dalam pe­nerbangan khas ke Melbourne, Australia.

Bagaimanapun, tiada seorang pemain yang menyertai Terbuka Australia positif ­Covid-19 dan seramai 190 individu hanya perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih ketat yang dikenakan oleh pihak Australia.

Difahamkan, pemain yang mempunyai kontak rapat de­ngan individu dalam penerba­ngan itu tidak dibenarkan untuk menjalani latihan selama 14 hari.

Pemain tenis Perancis, Alize Cornet mengakui jika mereka terus dikurung selama 14 hari tanpa latihan ia bakal menjejaskan prestasi dan kemungkinan akan menyebabkan kecede­raan.

“Jika kami tidak menjalani latihan selama 14 hari sudah pasti memberi kesukaran dan berdepan risiko kecederaan yang tinggi nanti,” kata Cornet.

Sementara itu, pemain tenis Kazakhstan, Yulia Putintseva turut sependapat dan kesal selepas mereka mendapat la­yanan seperti itu.

“Tiada siapa yang memberi­tahu bahawa kami akan dikua­rantin seperti ini. Jika saya tahu keadaan seperti ini mungkin saya tidak akan hadir ke Melbourne,” katanya,

Antara 47 pemain yang mempunyai kontak rapat de­ngan individu berkenaan adalah juara dua kali Terbuka Australia, Victoria Azarenka, Angelique Kerber, Sloane Step­hens dan Kei Nishikori.

Lebih 1,200 pemain terma­suk jurulatih dan pegawai per­lawanan akan tiba ke Melbourne untuk menyertai Grand Slam pertama di Terbuka Australia yang akan membuka tirai pada 8 Februari ini nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI