PETALING JAYA – Talian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula hari ini hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini semua pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan BPR dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) berdekatan.
“Pelanggan juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR yang telah dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, Permohonan Baharu dan Kemaskini maklumat BPR,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE