fbpx

Siasat, jejaki individu terbabit video tular minum minuman keras di PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular minum bir di PKRC,

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan sudah menerima laporan berkaitan sekumpulan individu yang meminum minuman keras di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini yang tular dalam media sosial kelmarin.

“Laporan polis dibuat oleh kakitangan di pusat kuarantin terbabit.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuklah mengambil keterangan dari kakitangan di pusat berkenaan.

“Hasil siasatan awal, polis percaya minuman keras berkenaan dibawa oleh pesakit sendiri berikutan tiada tindakan pemeriksaan isi kandungan beg yang dibawa oleh pesakit.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan terdapat kakitangan ‘frontliners’ bertugas yang membantu membawa masuk minuman berkenaan ke dalam pusat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Hazani berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan individu terbabit dalam rakaman video terbabit juga diteruskan.

Terdahulu, sekurang-kurangnya lapan individu terbabit dalam aktiviti minum minuman keras di sebuah PKRC menerusi rakaman video tular berkenaan.

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan seramai enam lelaki dan dua wanita sedang memegang tin minum arak jenis bir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI