fbpx

Pemohon i-Sinar kategori 2 dapat bayaran interim hingga RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon bantuan i-Sinar kategori dua akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 bermula 26 Januari ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pembayaran interim itu bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli terkesan Covid-19 dan bencana banjir.

“Pembayaran itu juga bagi membantu ahli memenuhi keperluan asas sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan KWSP.

“Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim, KWSP memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar online,” katanya di sini tadi.

Katanya, proses itu juga bertujuan melindungi simpanan ahli daripada sebarang bentuk penipuan.

“Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan, pembayaran interim itu akan bermula 26 Januari depan manakala permohonan baharu yang belum memuat naik dokumen itu, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh hari permohonan diterima.

“Setelah permohonan ahli diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran seperti dipohon setelah ditolak jumlah pembayaran interim,” ujarnya.

Jelasnya, KWSP juga berhak menghentikan pembayaran seterusnya jika pengisytiharan kendiri didapati tidak benar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI