fbpx

Pasar raya Mydin Bukit Jambul ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASAR raya Mydin di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu bagi tujuan sanitasi.

GEORGE TOWN – Pasar raya Mydin di Kompleks Bukit Jambul di sini diarahkan ditutup buat sementara waktu bermula hari ini bagi tujuan sanitasi selepas salah seorang pekerjanya didapati positif Covid-19.

Perintah penutupan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkuatkuasa mulai pukul 1 tengah hari tadi.

Pengurus Besar Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata, salah seorang pekerja di situ telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19 baru-baru ini.

“Ketika dalam tempoh kuarantin kakitangan tersebut turut disahkan positif Covid-19. Oleh itu, pasar raya ini telah diarahkan tutup untuk sementara hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan proses sanitasi secara menyeluruh di semua kawasan di dalam pasar raya itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI