PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan seorang menantunya positif Covid-19.
Menurutnya, menantunya yang dikenali sebagai Hisham tinggal serumah dengannya.
“Assalamualaikum. Tanpa diduga Hisham menantu saya positif Covid-19. Kami tinggal serumah.
“Pagi ini saya sekeluarga telah menjalani ujian Covid-19. Mohon sahabat-sahabat dapat kiranya mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook. – K! ONLINE