fbpx

Mekanisme kerjasama hospital kerajaan dan swasta akan diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Serdang. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC)  Perkhidmatan  Hospital  dan  Cawangan Kawalan  Amalan  Perubatan  Swasta  (CKAPS)  sedang memperhalusi  mekanisma  cadangan  kerjasama  di  antara sektor  kesihatan  awam  dan  swasta dalam menangani pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan dibuat dengan  lebih lanjut  bersama  pihak  Persatuan  Hospital  Swasta  Malaysia  (APHM),  Kementerian  Kewangan serta  Bank  Negara  Malaysia.

“Segala  perkembangan  akan diumumkan dalam masa  yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham memaklumkan, kerajaan  telah  memperoleh  komitmen  daripada  beberapa  buah hospital  swasta  untuk  menerima  rujukan  dan  merawat  pesakit Covid-19 bergantung  kepada  kapasiti  dan  kepakaran  sedia  ada.

Menurutnya, komitmen itu diperoleh hasil perbincangan KKM dengan  pemegang  taruh  hospital  swasta termasuk  APHM dan beberapa  syarikat  berkaitan  Kerajaan  (GLC)  untuk  menentukan hala tuju pengurusan pandemik  Covid-19 negara.

Katanya, pihak  APHM  telah  mengenal  pasti sebanyak  1,138  buah  katil  termasuk  70  buah  katil  kritikal  di  97 buah hospital swasta di  seluruh negara.

“KKM  berharap  kerjasama  dan  usaha  yang  dijalankan  oleh semua  pihak  ini  akan  dapat  memutuskan  rantaian  jangkitan  dan penularan Covid-19 di  negara kita,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) berkata, hospital swasta  bersetuju untuk menerima dan merawat kedua-dua pesakit Covid-19 dan juga bukan Covid-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI