fbpx

Lempar kucing, kenakan tindakan wajib – Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Fazura

PETALING JAYA – Hanya kerana dahagakan perhatian dalam media sosial, sekumpulan remaja sanggup bertindak tidak berperikemanusian dengan melempar seekor kucing tanpa rasa belas kasihan.

Perkara tersebut menarik perhatian pelakon Nur Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 37, yang menggesa agar pelakunya dicari dan dikenakan tindakan berat.

“Remaja baling kucing mesti dicari dan tindakan berat wajib dikenakan,” ciap pelakon filem Gol & Gincu itu.

Kelmarin, tular sebuah video seorang remaja melempar seekor kucing dari sebuah lokasi tinggi yang tidak diketahui sambil dirakam dan diperhatikan beberapa rakannya.

Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Malaysia memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung tindakan tidak bermoral itu seperti yang tular dalam laman sosial sejak Sabtu.

 

Tangkap layar sekumpulan remaja sedang melemparkan seekor kucing yang tular di media sosial.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kejadian dipercayai berlaku di negara ini kerana rakaman tersebut ada memaparkan kereta Perodua MyVi di lokasi kejadian.

“Kejadian disyaki berlaku di sebuah ladang di Sarawak. Orang ramai yang mengecam wajah pelaku diharap dapat tampil membuat aduan kepada polis.

“Boleh juga salurkan maklumat ke talian whatsapp MyAct Hotline 011-20901097 atau di laman web animalmalaysia.com,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Katanya lagi, tindakan remaja itu adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan kematian haiwan berkenaan dan menyalahi Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Masyarakat juga diingatkan supaya tidak menjadikan haiwan seperti kucing sebagai bahan pembikinan video hiburan untuk dimuat naik dalam media sosial seperti TikTok kerana itu perbuatan yang zalim,” katanya.

Sebelum ini, sekitar Disember tahun lalu, seorang remaja lelaki yang memuat naik rakaman video melempar seekor kucing demi meraih perhatian di aplikasi TikTok diberkas polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI