fbpx

Komik Batman edisi pertama berharga hampir RM9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASKHAH komik Batman No. 1 yang dilelong pada harga RM8.8 juta.

DALLAS, Texas – Sebuah komik adiwira Batman berusia 80 tahun dijual mencecah AS$2.2 juta (RM8.8 juta) dalam lelongan secara online di bandar Dallas, Texas, lapor akhbar The Sun UK.

Timbalan Presiden Kanan Heritage Auctions, Ed Jaster berkata, komik Batman keluaran pertama pada 1940 itu adalah antara yang paling sempurna dan terpelihara setakat ini. Ia diterbitkan oleh syarikat DC Comic.

“Ia kelihatan sangat cantik dan masih terpelihara. Semua muka suratnya masih berwarna putih dan saya tidak rasa terdapat komik sama yang lebih baik di luar sana.

“Kami tidak terkejut apabila komik ini mencatatkan bidaan paling tinggi berikutan kea­daannya yang sangat baik,” kata Jaster.

Pemilik asal komik berkenaan, William Giles berkata, dia mewarisi naskhah tersebut daripada bapanya, Billy Giles yang meninggal dunia pada 2019.

“Ayah saya membeli komik ini dari sebuah kedai buku di bandar Houston pada harga AS$3,000 (RM12,109) pada tahun 1982 dan mewariskannya kepada saya.

“Mendiang merasakan komik ini adalah naskhah yang bagus dan dia pasti gembira apabila ia diiktiraf sebagai paling baik,” ujarnya.

Komik Batman No 1 itu menampilkan watak adiwira ber­kenaan di samping pembantunya, Robin sebagai penghias muka hadapan serta belakang naskhah.

Selain itu, ia turut memper­kenalkan watak penjahat terkenal siri berkenaan iaitu The Joker serta The Cat yang kini lebih dikenali sebagai Catwoman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI