fbpx

Kerajaan lancar pakej bantuan Permai bernilai RM15 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan akan melancarkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang bernilai RM15 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, secara amnya, pakej bantuan Permai menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan inisiatif berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah Permai yang berteraskan kepada tiga matlamat utama.

“Pertama, memerangi wabak Covid-19; kedua, memelihara kebajikan rakyat dan ketiga, menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya pada sidang akhbar khas yang disiarkan secara langsung hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI