fbpx

Kate Winslet pun mangsa buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATE WINSLATE

PELAKON Kate Winslet mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli dan sering dijadikan bahan ‘usikan’ oleh media selepas impak populariti mendadak daripada filem Titanic.

Menurut Winslet, watak yang dibawanya sebagai Rose DeWitt Bukater dalam Titanic menyebabkan dia sering diejek dan menjadi sasaran media untuk bercakap tentang fizikalnya.

“Kejayaan filem Titanic meninggalkan kesan gelap dalam diri saya. Saya sering menjadi mangsa kritikan oleh media yang bercakap perkara tidak baik tentang diri saya,” katanya.

Menurutnya lagi, sehingga satu tahap, dia sering diburu paparazi ke mana sahaja dia pergi termasuk ketika berbelanja barangan dapur.

“Saya terjun dalam dunia lakonan ketika berusia 20 tahun menerusi filem Titanic dan terus menjadi terkenal. Sebenarnya saya masih belum berani lagi pada waktu itu,” katanya yang membintangi filem berkenaan pada 1997 di samping aktor Leonardo DiCaprio.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI