fbpx

Hentian Pedas Linggi Arah Selatan ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENTIAN sebelah Pedas Linggi di KM230 PLUS ditutup pada 19 Januari 2021 untuk kerja-kerja pembaikan.

PETALING JAYA – Hentian Sebelah Pedas Linggi (Arah Selatan) di KM230 akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama satu hari bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan tersebut berjalan dengan lancar.

“Sehubungan dengan itu, pelanggan Lebuh Raya dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang terdekat iaitu di R&R Seremban (Arah Selatan) di KM274.4, Hentian Sebelah Senawang (Arah Selatan) di KM249 atau di Restoran Jejantas Ayer Keroh di KM210 untuk berehat atau mendapatkan kemudahan lain.

“Pelanggan yang menghala ke selatan juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terfiki melalui paparan televisyen litar tertutup (CCTV) yang disediakan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

“Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan Lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan,” ujarnya. – K! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI