JOHOR BAHRU – Perasaan sedih terpaksa ditanggung ibu bapa yang ditinggalkan di pusat jagaan orang-orang tua apabila ada segelintir anak-anak yang tergamak membiarkan mereka mengakhiri sisa-sisa hidup tanpa sebarang perhatian sewajarnya. Lebih menyayat hati apabila segala urusan kematian dan pengebumian bagaikan tidak dipeduli oleh anak-anak, sehingga pihak pengurusan rumah penjagaan terpaksa mengambil alih amanah terakhir itu. Mendedahkan perkara itu, Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Johor, Norijah Bidin berkata, anak-anak atau ahli keluarga memberikan seribu alasan semata-mata tidak mahu menguruskan jenazah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya