fbpx

Anak Aepul Drama Band pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aepul dan keluarganya

PETALING JAYA – Empat hari selepas disahkan positif Covid-19, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza kini berdepan satu lagi ujian berat apabila anaknya, Nur Saffiya Alisha turut dijangkiti virus berkenaan.

Aepul berkata, dia dan anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dikuarantin bersama hingga pulih dan bebas daripada jangkitan tersebut.

“Kasihan baby saya, Alisha juga positif. Daddy mintak maaf. Daddy jaga awak ok,” tulisnya.

Rabu lalu, Aepul disahkan positif virus tersebut setelah menjalani ujian calitan buat kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor.

Bagaimanapun, isterinya yang juga pelakon Leez Rosli disahkan negatif.

 

Tangkap layar InstaStory Aepul mengenai anaknya yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Leez yang kini hamil dalam satu hantaran InstaStorynya turut berkata, walaupun berat berdepan ujian tersebut, dia tetap akan memberikan sokongan moral agar suami dan anaknya segera sembuh.

“Hasil keputusan ujian calitan, anak perempuan kami disahkan positif Covid-19. Allah berat rasanya bahu ini.

“Duduk elok-elok dengan daddy ok, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang, daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar dan Emma Maembong turut disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI