fbpx

716 mangsa banjir Sabah kini ditempat di 17 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Penampang Proper.

KOTA KINABALU – Statistik jumlah mangsa banjir membabitkan sembilan daerah terjejas di Sabah terus menunjukkan peningkatan sehingga petang ini.

Setakat pukul 6 petang tadi, terdapat 716 orang membabitkan 208 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

Jumlah terbabit bertambah berbanding 691 mangsa melibatkan 203 keluarga sehingga tengah hari tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata daerah Kota Belud kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri berkenaan setakat ini dengan jumlah 210 orang membabitkan 70 keluarga di lima PPS.

“Seramai 115 mangsa banjir dari 32 keluarga sudah dipindahkan ke tiga PPS sejak semalam manakala 101 penduduk sekitar Kota Kinabalu yang terjejas banjir dari 18 keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Likas dan Masjid Jamek Kota Kinabalu.

“Selain itu, antara daerah lain yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi adalah daerah Beaufort serta Penampang dengan masing-masing terdapat 78 mangsa dari 28 keluarga serta 76 mangsa meliputi 19 keluarga.

“Antara daerah lain terjejas banjir adalah Paitan iaitu 69 penduduk melibatkan 21 keluarga, Tenom (25 mangsa, lima keluarga), Putatan (23 mangsa, lima keluarga) dan Papar (19 mangsa, 10 keluarga),” katanya.

Sementara itu, jurucakap APM Sabah berkata, sehingga kini terdapat 225 kampung masih digenangi banjir sehingga petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI