fbpx

Rege-Jean Page calon James Bond

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REGE-JEAN PAGE

BINTANG siri Neflix berjudul Bridgerton iaitu Rege-Jean Page dikatakan menjadi antara calon paling berpotensi untuk memegang watak James Bond akan datang bagi menggantikan pelakon Daniel Craig.

Wataknya sebagai Simon Basset dalam Bridgerton dilihat telah memberi karisma yang cukup kuat sehinggakan peminatnya mahukan dia muncul sebagai watak perisik ikonik 007 pada masa akan datang.

Page, 31, juga dikatakan berminat untuk memegang karakter tersebut apabila sebelum ini dia pernah memuat naik satu entri dalam media sosialnya dengan kapsyen dialog popular James Bond iaitu: Regency, royalty. Shaken and stirred.

Selain Rege, antara calon lain yang dilihat berpotensi menggalas watak James Bond ialah Chris Hemsworth, Jamie Bell dan Michael Fassbender.

Nama Rege mula menjadi sebutan apabila wataknya sebagai Simon atau Duke of Hastings dalam siri Bridgerton dan berjaya memikat hati peminat global sejak siri berkenaan ditayangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI