fbpx

PPS di Segamat ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan sukarelawan membantu membersihkan kediaman mangsa bah termenung di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat hari ini. Foto FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya dengan ke semua mangsa banjir terakhir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Segamat berkata, PPS di Sekolah Agama Gemereh di sini ditutup pada pukul 2 petang.

Katanya, 76 mangsa terdiri daripada 20 buah keluarga dari Kampung Kampung Seberang Batu Badak yang ditempatkan di PPS sebelum ini dibenarkan pulang secara berperingkat selepas banjir surut.

Sementara itu, mangsa banjir warga emas, Maheran Adon, 78, meluahkan rasa lega dapat kembali ke kediamannya setelah lebih dua minggu menjadi penghuni di PPS sejak awal Januari lalu.

“Kami penduduk kampung ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kemudahan fasiliti di PPS yang telah di sediakan pelbagai pihak sepanjang musim tengkujuh yang melanda,”katanya.

Dalam pada itu, penduduk kampung dibantu sekumpulan sukarelawan membersihkan kawasan rumah daripada sampah-sarap serta lumpur banjir.

Gotong-royong dilakukan sejak awal pagi hari ini melibatkan 20 buah rumah yang ditenggelami air banjir termenung.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI