fbpx

MKN nafi akan laksana PKP di Kedah, mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan kenyataan palsu di media sosial.

PUTRAJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menafikan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah, bermula esok.

MKN menerusi laman sosial Facebook hari ini berkata, mesej yang yang tular menerusi aplikasi sosial Whatsapp yang mengaitkan perkara itu adalah palsu.

“Mesej ini adalah palsu. Tak pasti jangan kongsi,” katanya.

Sebelum ini, tular mengenai mesej yang mengaitkan MKN akan mengadakan PKP di seluruh negeri Kedah bermula esok hingga 31 Januari ini.

Mesej itu turut menyebut pelaksanaan PKP itu perlu dibuat susulan peningkatan kes antara 80 hingga 100 kes sehari yang mana 90 peratus daerah di negeri itu kini berada dalam zon merah dan jingga.

Menerusi pengumuman kes positif harian Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, sebanyak 195 kes positif direkodkan di negeri Kedah semalam.

Ketika ini, Kedah dan empat negeri lain menjalani PKP Bersyarat (PKPB).

Kerajaan pada 11 Januari lalu mengumumkan pelaksanaan PKP di lima negeri dan tiga wilayah persekutuan, enam negeri dilaksanakan PKP Bersyararat (PKPB) dan dua negeri akan menjalani PKP Pemulihan (PKPP).

Dua hari lalu, kerajaan turut mengumunkan pelaksanaan PKP di Kelantan bermula 16 hingga 29 Januari depan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI