fbpx

Mayat lelaki ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu operasi mengangkat mayat lelaki yang tidak diketahui identiti yang ditemui terapung dalam Sungai Endau, Mersing, pagi hari ini. Foto IHSAN BOMBA

MERSING – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Endau berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, mayat lelaki tersebut ditemui orang awam pada pukul 11.40 pagi.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kematian dan butir-butir mangsa.

“Kita juga masih belum dapat pengesahan dari polis Pahang berkenaan andaian orang awam yang mendakwa mayat berkenaan adalah mangsa banjir dari negeri itu.

“Mayat lelaki dewasa itu dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk bedah siasat,”katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd. Alias Hussin berkata, seramai tujuh anggota diketuai PBK II KUP Badrulhisham Mohamad dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

“Ketika sampai di lokasi mayat seorang lelaki dewasa telah berada di tebing sungai dan memerlukan bantuan pihak bomba untuk di bawa naik dari tebing ke jentera polis.

“Pasukan operasi mengangkat mangsa dengan menggunakan satu unit siling hook dan stretcher serta menyerah mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada pukul 12.53 tengahari,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI