fbpx

Mati dipijak, dilempar gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai taman dan polis di lokasi insiden gajah liar membunuh seorang lelaki tua yang sedang tidur di khemah, di kawasan perkhemahan Pha Kluai Mai di Taman Negara Khao Yai. – Apinya Wipatayothin

BANGKOK – Seorang lelaki berumur 80 tahun mati selepas dipijak gajah liar ketika mangsa berkhemah di Taman Negara Khao Yai di Thailand pada awal pagi kelmarin.

Akhbar Bangkok Post me­laporkan serangan itu berlaku di tapak perkhemahan di Pha Kluai Mai ketika mangsa sedang tidur.

Pihak berkuasa tiba ke lokasi kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi (waktu tempatan) sebelum me­nemui mayat mangsa.

Mangsa dikenal pasti sebagai Prayot Jitbun berasal dari wilayah Samut Prakan.

Beberapa pelancong memberi­tahu polis bahawa seekor gajah liar mengelilingi kenderaan mang­sa dan membuat serangan.

Gajah itu naik minyak secara tiba-tiba, menghentak kaki ke atas khemah mangsa dan melempar jasad Prayot ke udara sebelum terkena dahan sebatang pokok.

Pegawai taman mengesahkan gajah bernama Phlai Due itu ­sudah dipakaikan kolar penjejak sejak 8 Januari lalu.

“Mangsa memasang khemah jauh dari pelancong lain dan membawa bekalan buah-buahan dalam ken­deraannya.

“Gajah itu mungkin lapar dan tercium bau buah-buahan. Phlai Due sebenarnya mudah terganggu dan amuk selepas gagal memperoleh makanan yang dihidu,” kata pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI