fbpx

KPDNHEP sangkal dakwaan harga minyak polibeg 1kg naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (kiri) melihat harga minyak ketika mengadakan lawatan kerja di sekitar kawasan kompleks beli-belah Kipp Mall Kota Warisan dan Giant Distribution Centre, di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam. Pix IHSAN KPDNHEP

SEPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyangkal dakwaan mengatakan harga minyak masak polibeg 1 kilogram (kg) dijual pada harga tinggi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian juga menerima aduan berhubung harga minyak botol bersaiz 5kg dijual pada harga tinggi di pasaran.

Beliau berkata, harga minyak masak dalam bentuk pembungkusan 1kg adalah barang kawalan bersubsidi sejak 2007 yang dijual pada harga RM2.50 sekilogram manakala minyak botol 5kg tertakluk kepada harga pasaran terbuka.

Menurutnya, bermula November 2016, Kerajaan melalui KPDNHEP memulakan Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) dengan hanya memberikan subsidi kepada minyak masak dalam bungkusan 1kg.

“Kerajaan masih mengekalkan pemberian subsidi minyak masak 1kg bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati bekalan minyak itu dengan harga mampu milik.

“Pada masa ini, sebanyak 60,000 tan minyak masak bersubsidi disediakan setiap sebulan dan diedarkan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar dan jumlah pengeluaran ini adalah mencukupi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander berkata, KPDNHEP komited memastikan keberadaan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran menerusi pemantauan ke atas pengilang dan syarikat pembungkus minyak masak, mengaudit di setiap rantaian bekalan serta menjalankan pemeriksaan harian di peruncit, pemborong dan pasar raya.

Beliau memaklumkan, sebanyak enam notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikemukakan kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kenaikan harga bekalan minyak masak yang berlaku dan mengesan jika wujud sebarang elemen pencatutan.

“Mana-mana peniaga yang didapati cuba mengambil kesempatan dan menaikkan harga minyak masak tanpa mematuhi perundangan tersebut juga boleh diambil tindakan yang tegas di bawah AKHAP 2011,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI