fbpx

Guru cederakan dua beradik didenda RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusri didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan dua beradik lelaki dua tahun lalu. Pix : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang guru didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan dua beradik lelaki pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Yusri Budin, 44, yang hadir ke mahkamah dengan menaiki kerusi roda membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di sebuah sekolah di Perak didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan atas bangkitan marah terhadap Muhammad Faizal Mustaffa Kamal, 43, dan Muhammad Aiman Mustaffa Kamal, 30.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di tepi jalan hadapan sebuah kolej di Lembah Sireh di sini kira-kira pukul 8.15 malam pada 28 Mac 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Raja Mohammad Afiq Raja Azmi.

Terdahulu, Raja Mohammad Afiq memohon agar mahkamah menjatihuhkan hukuman yang ringan memandangkan anak guamnya sudah insaf.

Katanya, tertuduh kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan Disember lalu selain perlu menanggung seorang isteri dan enam orang anak berusia antara enam bulan hingga 19 tahun.

Bagaimanapun, Sharifah Amirda Shasha memohon hukuman yang setimpal dikenakan terhadap tertuduh supaya kejadian itu tidak berulang dan menjadi pengajaran kepadanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan sebulan penjara sekiranya gagal membayar jumlah tersebut.

Tertuduh membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI