fbpx

Empat hari tidak pulang, dua nelayan dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang dikhuatiri lemas dibuat di sekitar perairan Pulau Undan pada jarak radius lapan hingga 10 batu nautika daripada Jeti Padang Temu, di sini.

MELAKA – Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar menangkap ikan di perairan Selat Melaka sekitar Pulau Undan di sini, sejak Rabu lalu.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad Norizan, 38, manakala seorang lagi hanya dipanggil Wan, berusia 30-an.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Penguasa Bomba ll Muhammad Izwan Arief Mat Noh berkata, pasukannya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.26 pagi tadi.

Katanya, sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu bersama-sama satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Hasil maklumat awal, difahamkan dua nelayan telah hilang sejak Rabu lalu, namun pihak bomba hanya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 11.26 pagi tadi.

“Pasukan kami tiba di lokasi dua minit kemudian dan penilaian menyeluruh dibuat. Maklumat awal diterima daripada para nelayan mendakwa melihat kedua-dua mangsa menaiki bot fiber di perairan berdekatan Pulau Undan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jeti Nelayan Padang Temu, di sini, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI