fbpx

Bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan mengugut dan merosakkan harta Masjid Tok Kenalipada November lalu. Pix : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Bapa pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut dan merosakkan harta Masjid Tok Kenali di sini pada November lalu.

Tertuduh, Lokman Ahmad, 83, yang hadir ke mahkamah dengan menaiki kerusi roda membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mengeluarkan kata-kata ugutan dengan memberitahu seorang lelaki bahawa ingin menetak dan menembak Muhammad Hafiz Hukmi Wardi,32, sehingga mendatangkan ketakutan kepadanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI