fbpx

Bantuan banjir Terengganu RM500 dilunas bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KEMAMAN – Setiap keluarga terjejas banjir di Terengganu bakal menerima bantuan wang tunai berjumlah RM500 daripada kerajaan negeri Terengganu selewat-lewatnya 15 Februari depan.

Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya sedang mengemaskini data penerima bantuan banjir terlibat.

“Saya menjangkakan pembayaran akan dibuat pada minggu pertama atau kedua bulan Februari ini selepas kerja-kerja mengemaskini data selesai sepenuhnya.

“Begitupun, ia mungkin terpaksa ditangguhkan jika berlaku lagi gelombang banjir seterusnya di negeri ini pada masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanafiah berkata, mengikut perancangan asal bantuan kepada mangsa banjir itu sepatutnya dilunaskan pada 15 Januari lalu tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan gelombang kelima bah yang melanda Terengganu pada awal bulan ini.

Jelasnya, gelombang banjir terbaharu yang hanya surut sepenuhnya pada 11 Januari lalu telah menyebabkan semakan semula kepada senarai penerima berikutan penambahan bilangan mangsa.

“Apa pun, bantuan awal seperti pengagihan barangan keperluan makanan seperti beras, tepung, gula dan minyak kepada semua keluarga terjejas banjir telah dilakukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI