fbpx

Amaran cuaca bahaya di Pantai Barat Sabah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta taburan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia pagi tadi.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya peringkat merah bagi kawasan Pantai Barat di negeri Sabah sepanjang hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia pagi tadi, kawasan berkenaan akan menerima hujan yang sangat lebat sepanjang hari ini.

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga di kawasan sama bermula esok sehingga lusa.

Selain Pantai Barat, Sabah amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di kawasan pedalaman negeri itu melibatkan kawasan Sipitang; Kuala Penyu; Tenom; Beaufort; Keningau dan Tambunan.

“Turut terjejas di Sandakan melibatkan kawasan Telupid, Beluran serta kawasan Kudat. Dijangkakan semua kawasan ini akan mengalami hujan lebat sepanjang hari ini,” katanya di laman Facebook hari ini.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa daerah lain di Sabah dan Sarawak sehingga Selasa ini.

“Di Sabah ia melibatkan daerah Sipitang; Kuala Penyu; Tenom; Beaufort; Keningau; Tambunan; Sandakan; Telupid; Beluran dan Kudat.

“Manakala di negeri Sarawak ia melibatkan kawasan Subis; Beluru; Marudi; Miri; dan Limbang serta seluruh negeri Wilayah Persekutuan Labuan,” ujar MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, semua kawasan terbabit dijangka akan mengalami hujan lebat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI