fbpx

Zon bebas cukai Rantau Panjang kembali sepi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zon bebas cukai Rantau Panjang sepi selepas PKP dilaksanakan di Kelantan bermula hari ini.

RANTAU PANJANG – Belum pun dapat menarik nafas lega selepas kejadian banjir, peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang di sini terpaksa berehat sekali lagi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula hari ini.

Pada 7 Januari lalu, zon bebas cukai itu terpaksa ditutup selepas ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok.

Bagaimanapun, zon bebas cukai itu kembali beroperasi tiga hari kemudian selepas berehat selama empat hari.

Pengerusi Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah berkata, PKP merupakan ujian kali kedua yang terpaksa ditempuh oleh peniaga-peniaga di sini dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, situasi itu meninggalkan kesan yang amat perit oleh para peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang.

“Hal ini kerana, urus niaga di zon bebas cukai merupakan sumber rezeki utama untuk menyara keluarga

“Kami baru sahaja hendak bernafas selepas banjir surut pada 10 Januari lalu, kini PKP pula dilaksanakan untuk tempoh dua minggu,” ujarnya.

Ramli memberitahu, bagaimanapun, mereka reda dengan ujian itu dan berharap penularan wabak Covid-19 di Kelantan dapat dikurangkan selepas pelaksanaan PKP.

Tinjauan Kosmo! hari ini mendapati, zon bebas cukai yang sebelum ini sibuk dengan urusan jual beli bertukar sepi selepas semua premis perniagaan ditutup. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI