fbpx

Werner masih cari rentak posisi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER menjadi mangsa kritikan selepas gagal memberikan impak yang besar buat Chelsea. -AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mahu ruang dan masa terus diberikan buat pe­nyerang sensasi, Timo Werner yang dianggap masih gagal memberi impak seperti yang diharapkan pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebagai rekod, Werner yang berhijrah ke Chelsea daripada pasukan Bundesliga, Red Bull Leipzig dengan nilai sebanyak £47.5 juta (RM262.1 juta) ha­nya menjaringkan sembilan gol dalam 25 perlawanan.

Kata Lampard, perubahan taktikal yang cuba dilakukan dengan meletakkan Werner di posisi sayap menjadi salah satu faktor kenapa dia masih lagi gagal menyerlah seperti ketika mewakili Leipzig dan skuad antarabangsa Jerman.

“Saya tahu Werner mahu diletakkan sebagai penyerang te­ngah seperti ketika bersama Leipzig dan Jerman, namun saya lihat dia sangat bekerja keras apabila diberikan tugas selaku pemain sayap dan saya yakin dia akan selesa dengan posisi itu tidak lama lagi dan mula menemui sentuhan gol.

“Justeru, saya tidak mahu terburu-buru mengkritik impak Werner dalam pasukan kerana kami perlu bersabar dan apa yang paling penting, dia kekal positif dan berkeyakinan dalam melaksanakan setiap arahan yang diberi,” katanya.

Sementara itu, Lampard
me­ngesahkan pasu­kan­nya kehilangan khid­mat pemain te­ngah berpenga­ruh, N’golo Kante men­jelang aksi bertemu Fulham di Stadium Craven Cottage awal pagi esok.

“Kante terpaksa diketepikan kerana menga­lami kece­deraan hamstring tetapi ia tidak terlalu serius. Dalam masa yang sama, berita gembira buat kami adalah apabila bek kanan pasukan, Recce James sudah cergas sepenuhnya dan boleh diturun­kan untuk aksi bertemu Fulham nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI