fbpx

Warga emas jual sayur dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas dikenakan kompaun RM1, 000 selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika menjual sayur di Pasar Bukit Cina, di sini, hari ini.

MELAKA – Selepas tiga hari memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk memahami prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, hari ini penguatkuasaan diperketatkan dengan menyaksikan seorang warga emas turut dikenakan kompaun RM1,000.

Menurut wanita berusia 71 tahun itu, dia dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika menjual sayur di Pasar Bukit Cina, di sini.

“Pada waktu itu saya sedang membantu adik menjual sayur dan sedar ada anggota polis di kawasan berhampiran mengambil gambar saya daripada jauh.

“Ketika itu, saya memang mempunyai pelitup muka, namun tidak memakainya dengan betul dan menutup hidung kerana berasa rimas, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, dia betul-betul kesal dan tidak menyangka akan dikenakan kompaun sehingga RM1,000 oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan, termasuk kesalahan rentas negeri.

Ujarnya, kelonggaran selama tiga hari diberikan kerajaan kepada rakyat sejak Rabu lalu sudah mencukupi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi melibatkan kesalahan SOP.

Orang ramai yang masih keliru dengan SOP boleh mengunjungi laman sesawang Majlis Keselamatan Negara atau hubungi hotline setiap agensi atau kementerian berkaitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI