fbpx

Polis tambah baik SJR di Pekan Nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian membuka dua laluan bagi menambah baik operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan Depoh Tahanan Imigresen, Pekan Nanas di sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, pihaknya memahami kesesakan yang berlaku kepada pengguna jalan raya yang memasuki daerah Pontian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) di negeri Johor.

Katanya, orang ramai diminta memberikan kerjasama bagi melancarkan pemeriksaan oleh penguatkuasa dengan menunjukkan surat kebenaran rentas daerah, surat majikan atau yang berkaitan.

“Dokumen-dokumen perjalanan tersebut adalah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di lokasi PKP dikuatkuasakan.

“Pegawai dan anggota kami hanya menjalankan tugas yang diarahkan oleh MKN dan sepatutnya orang ramai memahami dan sekiranya tiada keperluan ke Pontian, mereka tidak perlu melakukan perjalanan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan orang ramai yang terpaksa menempuh barisan yang panjang bagi melepasi SJR tersebut terutama yang bekerja di Johor Bahru pada sebelah petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI