fbpx

Mohamed Salleh profesional, konservatif – Sri Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Peguam berpengalaman, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyifatkan kematian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr. Mohamed Salleh Abas meninggalkan ruang `vakum’ yang sangat luas dalam profesion perundangan negara.

Menurut beliau, Mohamed Salleh bertugas secara profesional ketika berjawatan Peguam Cara Negara di Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mana ketika itu tiada ahli politik yang berani mempengaruhi pegawai-pegawai di jabatan tersebut.

Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan menjelaskan, Mohamed Salleh merupakan hakim yang sangat konservatif apabila berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan kebebasan diri dan kebebasan bersuara.

“Setakat yang saya ingat, beliau selalu melindungi Badan Eksekutif daripada dicabar oleh orang awam,” ujarnya ketika diminta mengulas berita kematian bekas Ketua Hakim Negara tersebut.

Menurut peguam kanan itu, penghakiman Mohamed Salleh dalam kes Kerajaan Malaysia melawan Lim Kit Siang semakin mewujudkan masalah besar kepada orang awam yang berhajat untuk mencabar keperlembagaan tindakan pihak Eksekutif.

Ujar Sri Ram, bekas Ketua Hakim Negara itu kemudian menceburkan diri dalam bidang guaman dan kehebatan beliau turut terserlah.

Katanya, beliau berpeluang berhujah menentang Mohamed Salleh dalam kes jenayah dan sivil yang diwakilinya dan menyifatkan bekas Ketua Hakim Negara itu seorang peguam yang cemerlang.

Sementara itu, Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) merakam penghargaan terhadap jasa dan keprihatinan Mohamed Salleh ketika memperjuangkan kebajikan pegawai-pegawainya selaku pengasas dan Presiden pertamanya pada tahun 1964.

Peguam Cara Negara, Datuk Abdul Razak Musa yang kini Presiden JALSOA berkata, persatuan itu yang memasuki Tahun Ke-57 masih berfungsi sebagai forum mengeratkan silaturrahim dan perbincangan antara pegawai-pegawai mahkamah dan AGC. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI