fbpx

Mayat tanpa identiti masih belum dituntut keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membawa mayat lengkap berpakaian pekerja pelantar yang ditemui di pesisir Pantai Sri Telong, Bachok pada Khamis lalu.

BACHOK – Mayat yang lengkap berpakaian seperti pekerja pelantar minyak ditemui di pesisir Pantai Sri Telong di sini dua hari lalu masih belum lagi dituntut oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, mayat itu kini berada di Jabatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Selain itu, mayat tersebut juga belum dapat dikenal pasti identitinya meskipun sudah dua hari ia ditemui.

“Hasil pemeriksaan pihak forensik mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah tinggal tengkorak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Samsulmuddin, berdasarkan maklumat, tiada laporan mengenai kehilangan pekerja pelantar minyak dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga mereka supaya tampil membuat laporan di balai polis berdekatan,” katanya.

Kosmo! Online Khamis lalu melaporkan, seorang penduduk yang sedang mencari pelampung untuk menjala ikan terkejut selepas melihat mayat yang tidak diketahui identiti ditemui terdampar di pesisir Pantai Sri Telong dekat Kampung Aur di sini.

Mayat yang lengkap memakai pakaian uniform pelantar minyakbberwarna oren ditemui sudah tinggal tulang dan tengkorak kira-kira pukul 8.15 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI