fbpx

Mangsa banjir di empat daerah makin berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekan Maran selepas banjir surut.

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Meskipun keadaan cuaca cerah sepanjang hari, bilangan mangsa banjir di Pekan dekat sini sekadar mencatat penurunan kecil setakat pukul 5 petang tadi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, daerah itu masih mecatat bilangan tertinggi 2,679 mangsa yang ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 765 keluarga.

Empat daerah lain yang masih belum surut sepenuhnya pula masing-masing mencatat bilangan di bawah angka 1,000 mangsa termasuk Kuantan dengan 776 orang.

Maran pula mencatat baki mangsa seramai 935 orang yang masih ditempatkan di 17 PPS, diikuti Bera (178 orang) serta Temerloh (35 orang).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan, hanya stesen amaran banjir di Paloh Hinai, Pekan masih mencatat bacaan 11.17 meter yang melepasi paras bahaya 10.3 meter.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi tidak meramalkan cuaca hujan lebat di negeri ini pada esok, sekali gus memberi petanda baik di kebanyakan daerah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI