fbpx

Kenderaan keluar masuk Gua Musang berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Gua Musang-Kuala Lipis yang biasanya sibuk menjadi lengang selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kelantan mulai hari ini.

GUA MUSANG – Jumlah kenderaan keluar dan masuk ke daerah ini dilihat berkurangan hampir 50 peratus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan Rabu lalu.

Bagaimanapun, pergerakan kenderaan di Jalan Gua Musang – Kuala Krai, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Jalan Gua Musang-Lojing dan Jalan Gua Musang-Jeli dijangka akan terus menurun apabila dikuatkuasa pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pengurangan itu dilihat apabila orang ramai menyedari arahan PKPB dan PKP yang dilaksanakan pihak kerajaan.

“Selepas bermula pelaksanaan PKP tengah malam tadi, keadaan pergerakan kenderaan semakin menurun dan masing-masing membawa surat kebenaran perjalanan,” katanya.

Choon Foo berkata, setakat ini, pihaknya mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) termasuk di Kampung Tanah Putih bagi laluan Gua Musang-Kuala Lipis dan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Lojing.

Katanya, pengguna jalan raya dari luar daerah ini juga diminta menunjukkan keputusan ujian saringan Covid-19 atau surat kebenaran jika mereka ingin melepasi sekatan pihak polis.

“Kita juga berpuas hati dengan langkah semua peniaga termasuk premis menjual makanan yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Peniaga premis juga memahami apabila perlu menjual makanan secara bungkus kepada pelanggan sehingga tamat PKP 26 Januari ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI