fbpx

Kedai cermin mata, dobi layan diri dibenarkan beroperasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan membenarkan operasi kedai cermin mata dan dobi layan diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas mengambil kira keperluan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kebenaran itu adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan telah meneliti semula dan bersetuju bahawa terdapat keperluan bagi kedai cermin mata dan dobi layan diri untuk beroperasi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Alexander mengingatkan pemain industri dalam sektor perdagangan dan pengedaran supaya memastikan pematuhan SOP PKP dilaksanakan sepenuhnya di premis masing-masing.

Menurutnya, kegagalan untuk memastikan SOP PKP dipatuhi boleh diambil tindakan seperti amaran, kompaun serta penutupan premis perniagaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI