fbpx

JPJ, PDRM kolaborasi dalam Ops Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai  1,200  anggota  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  di  seluruh  negara  diatur gerak dalam  menguatkuasakan pelbagai Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) mulai hari ini hingga 26 Januari depan.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, gerak kerja dalam operasi bersepadu, Ops Covid-19 itu bertujuan membantu  pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang  tempoh  pelaksanaan PKP di  seluruh  negara.

“Gerak  kerja  seumpama  ini  akan  memberi  keutamaan  khusus kepada  beberapa  kawasan atau lokaliti  tertentu  di  seluruh  negara  yang  menjadi tumpuan  utama  pengguna jalan  raya.

“Ia akan dilaksanakan  melalui  tiga  strategi  utama  iaitu Rondaan Jalan  Utama  Negeri  dan  Lebuh  Raya; Sekatan  Jalan  Raya  yang  Mengkhususkan  Kenderaan  Awam serta  Pemeriksaan  dan  Pemantauan  Di  Terminal  Bas  Utama,” katanya.

JPJ berkata, Ops Covid-19  akan  menyasarkan  semata-mata  kepada kepatuhan  aspek  prosedur  operasi  standard  (SOP)  Covid-19,  yang  digariskan  oleh Majlis  Keselamatan  Negara.

Katanya, selain itu, ia melibatkan kesalahan-kesalahan  lain  di  bawah  Akta Pengangkutan  Jalan  1987  (Akta  333),  Akta  Pengangkutan  Awam  Darat (PAD)  2010,  dan  Akta  Lembaga  Pelesenan  Kenderaan  Perdagangan (LPKP)  1987.

“Kolaborasi  mapan  antara  JPJ dan PDRM  adalah  suatu  manifestasi  jelas  di  dalam  merealisasikan  aspek  penguatkuasaan  SOP  dengan  lebih  serius  sepanjang  tempoh berkuatkuasanya  PKP.

“Langkah  atau  pendekatan  bersepadu  ini  wajar dilakukan  bagi  tujuan  mengekang  penularan  wabak  yang dilihat  semakin meningkat  akibat  ketidakpatuhan  SOP  oleh  masyarakat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI