fbpx

Beri makanan percuma kepada golongan terkesan pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Amirul Ashraf menunjukkan menu makanan yang dijualnya kepada pelanggan gerai makananya di pantai nelayan, Batu 4, Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Seorang pemilik gerai menawarkan makanan percuma kepada pelanggan yang kurang berkemampuan bagi membantu golongan terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Mohd. Amirul Ashraf Norazlin, 26, pemilik restoran Laksa Kabin di pantai nelayan, Batu 4, Port Dickson dekat sini berkata, dia mula menawarkan untuk memberikan makanan secara percuma termasuk kepada golongan asnaf dan ibu tunggal sejak semalam (Jumaat).

“Sejak semalam saya buat satu hantaran di Facebook dan memberitahu hasrat sata itu dan tidak sangka menerima maklum balas yang baik dari orang ramai. Memang saya berniat memberi makanan percuma kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Ada yang datang memberitahu mereka tidak mampu dan saya terus memberi makanan yang diminta secara percuma. Alhamdulillah, sejak semalam, sudah 70 orang dapat makanan secara percuma,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Amirul Ashraf, restorannya itu menawarkan pelbagai makanan seperti mi kari, laksa, mi sup, air batu campur (ABC), nasi ayam dan roti arab.

“Saya menawarkan juga harga makanan serendah RM4 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini namun tetap ia memberikan keuntungan kepada kami terutama pada cuti hujung minggu.

“Bagi yang tidak berkemampuan pula saya berikan makanan secara percuma namun mereka perlulah memaklumkan kepada kami terlebih dahulu,” katanya yang memaklumkan akan membuka sebuah gerai makanan berkonsepkan makanan bakar tidak lama lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI