fbpx

Banjir Sarawak beransur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi (kiri) bersama isterinya Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin memberikan bantuan makanan kepada satu keluarga mangsa banjir di PPS SK Matu Baru di Kampung Bintawa Hilir di Kuching hari ini.

KUCHING – Sebanyak 21 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak telah ditutup berikutan keadaan cuaca baik dan penurunan paras air laut yang menjadi tanda pengakhiran banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat pukul lima petang hari ini (16 Jan), hanya 22 PPS yang masih beroperasi di tiga bahagian iaitu Kuching, Serian dan Miri.

“Manakala, jumlah mangsa banjir telah berkurangan dari 3,780 orang ke 2,414 orang melibatkan 639 keluarga setakat pukul 12 tengahari,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Bahagian Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata pihak berkuasa akan menempatkan kontena roro (roll-on roll-off) di sepanjang bahu jalan 12 kampung berdekatan Sungai Sarawak.

Hal ini bagi memudahkan pembuangan sampah sarap dalam kalangan masyarakat melibatkan pembuangan barangan rumah yang rosak akibat banjir dan pembersihan alam sekitar.

“Sekarang ini kita dapat lihat longgokan sampah yang besar dan banyak di tepi jalan kerana orang ramai mengharapkan pihak berkuasa seperti DBKU dan Trienekens untuk mengambil sampah tersebut untuk dilupuskan.

“Bagi memudahkan kerja-kerja pihak berkuasa dan memastikan alam sekitar kekal bersih, kita akan tempatkan 12 kontena roro di kawasan-kawasan yang sesuai,” katanya semasa lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matu Baru di Kampung Bintawa Hilir di sini hari ini. _ K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI