fbpx

Adham bertemu Mohamad Nor Atho’ullah di PKRC Maeps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohamad Nor Atho'ullah ketika mengadakan lawatan ke PRRC Maeps, Serdang hari ini. - Foto IHSAN KKM

SERDANG – Kisah sedih lapan sekeluarga yang positif Covid-19 mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Adham hari ini berkesempatan bertemu ahli keluarga berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

Beliau sempat bertemu dengan Mohamad Nor Atho’ullah Mohamad Kamil, 11, salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan yang mana kisahnya tular di media sosial, sejak kelmarin.

Malah, Adham turut bertemu dengan adik-beradik kanak-kanak itu yang turut sama ditempatkan di pusat kuarantin berkenaan selain menyampaikan bantuan.

“Saya ucapkan takziah kepada semua, moga Allah S.W.T tempatkan arwah ayah anda di kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Sementara itu, Nur Kamilatul Alifah, 26, kakak adik Nor Atho’ullah berkata, dia sekeluarga merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan dan sumbangan yang disampaikan oleh barisan Jemaah Menteri Kabinet.

Kisah Mohamad Nor Atho’ullah tular di media sosial selepas video TikTok yang dikongsi salah seorang pesakit di pusat kuarantin sama memaparkan ketenangan kanak-kanak itu biarpun selepas mendapat tahu kematian arwah ayahnya.

Arwah ayah kanak-kanak itu, Mohamad Kamil Ghazali, 51, disahkan meninggal dunia malam Khamis lalu di Unit Rawaran Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Arwah Mohamad Kamil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketari, Bentong, Pahang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI