JAKARTA – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala bangunan besar termasuk sebuah hotel runtuh ketika gempa 6.2 pada skala richter menggegarkan Pulau Sulawesi, Indonesia, awal pagi ini, kata pihak berkuasa.
“Tiga orang mati dan 24 lagi cedera,” kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Raditya Jati.
Agensi mencari dan menyelamat negara itu juga mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya sebuah hotel runtuh dalam insiden gempa itu. – AFP