fbpx

Temui mayat lelaki terapung ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba berada di Sungai Moyog ekoran penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti petang semalam. - Foto: Ihsan IPD Penampang

PENAMPANG – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Moyog berhampiran Kampung Tuavon petang semalam.

Mayat yang belum dikenalpasti identitinya itu ditemui dua sekeluarga ketika memancing di jambatan gantung berdekatan sungai terbabit kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pemancing berkenaan dikatakan terlihat suatu benda hanyut yang kelihatan seperti manusia.

“Dua individu terbabit kemudiannya menariknya ke tepi sungai menggunakan tali pancing.

“Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapati benda yang hanyut itu adalah mayat manusia dalam keadaan tertiarap.

“Mereka terus memanggil seorang lagi saudara untuk membantu menghubungi polis bagi melaporkan penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Haris berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki berkenaan berpakaian baju t lengan panjang dan berseluar hitam.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati mayat dipercayai mati lemas berdasarkan tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat mangsa.

“Kita percaya mangsa berusia lingkungan 30-an namun identiti mangsa masih belum diketahui berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Haris memohon orang awam yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke Balai Polis Penampang atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI