fbpx

Sarah Hildebrand tak puas hati dengan pengacara MeleTOP?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah hildebrand

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Sarah Hildebrand mencetuskan tanda tanya ramai apabila meluahkan rasa tidak puas hati ketika menjadi artis jemputan dalan rancangan hiburan popular, MeleTOP yang dihadirinya setahun lalu.

Perkata tersebut dicetuskan Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, dalam beberapa ciapan Twitternya semalam.

Lebih mencetuskan tanda tanya, ciapan tersebut memberi gambaran ketidakpuasan hati dengan corak temu ramah kendalian Neelofa dan Nabil Ahmad.

Menurut pelakon Pujaan Hati Kanda itu, dia bersetuju menerima jemputan tersebut bersama suaminya, Otto Gillen selepas meneliti beberapa soalan daripada pihak produksi.

“Pada awalnya saya tidak terasa ingin ditemu bual tetapi selepas pihak MeleTOP memberi senarai soalan yang akan diajukan oleh pengacara, saya pun bersetuju.

“Sayangnya, temu bual tersebut dilakukan dengan sangat teruk oleh dua pengacara ketika itu. Semuanya berubah seperti pentas lawak.

“Malah, salah seorang pengacara juga berkata “apa lagi eh nak tanya”.

“Pengacara yang bagus tidak sepatutnya mengatakan perkara tersebut dalam rancangan siaran langsung,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Luahan hati tersebut dikongsi Sarah dalam ciapan Twitternya semalam.

Dalam pada itu, dia juga pelik bagaimana dua pengacara tersebut mengeluarkan soalan yang tidak masuk akal.

“Banyak saja soalan boleh ditanya tetapi tetap memilih soalan seperti adakah Otto mahu menjadi seperti Fattah Amin?

“Jika lupa soalan yang hendak ditanya, boleh saja fikir lain. Kata dapat anugerah pengacara terbaik, tak rujuk pada soalan yang diberikah?,” soalnya lagi.

Menurutnya, sepanjang temu bual berlangsung, dia hanya tersenyum menyembunyikan rasa kecewanya.

“Sejujurnya saya berasa malu sepanjang ditemu ramah. Serius, saya benci menonton temu ramah tersebut apabila mereka muat naik dalam YouTube.

“Ketika ditemu ramah, saya hanya tersenyum dan tidak bercakap terlalu banyak, walhal dalam hati hanya Tuhan saja tahu betapa kecewanya saya.

“Apapun, saya tahu semua orang menyanyangi mereka. Jadi tidak kira apa yang mereka lakukan, semuanya kelakar dan hebat,” katanya lagi.

Dalam ciapan lain, Sarah juga memuat naik tangkap layar senarai soalan yang sepatutnya ditanya oleh pengacara pada malam tersebut.

Terdahulu, pada 13 November 2019, Sarah dan Otto hadir ke rancangan MeleTOP untuk ditemu bual selepas mereka selamat diijabkabul sebagai suami isteri pada 3 November 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI