fbpx

Pesakit positif terima notifikasi MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bermula hari ini, pengguna MySejahtera yang didaftarkan sebagai kes positif di Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri menerusi aplikasi tersebut.

Mereka akan diberi notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ‘push notification’ melalui MySejahtera serta akan diberi peringatan setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala di bahagian ‘Perlu Dilakukan’ bagi tempoh 10 hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya pengguna bergejala, maklumat tersebut akan terus disalurkan ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) dan pengguna akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

“Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, mereka juga boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya telah disahkan positif dan sedang menunggu panggilan daripada KKM.

“Mereka boleh ke MySejahtera HelpDesk di halaman utama aplikasi MySejahtera dan ikuti arahan di ruang G,” katanya mengulas mengenai pemerkasaan aplikasi MySejahtera menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehubungan itu, orang ramai dinasihati untuk mengemas kini aplikasi tersebut dan menggunakan sepenuhnya semua fungsi dalam MySejahtera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI