fbpx

Jumpa ular sawa dalam enjin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM menangkap ular sawa di dalam bonet enjin sebuah kereta di flat PKNS, Seksyen 16, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Hasrat seorang kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam memanaskan enjin keretanya terbantut apabila menemui
seekor ular sawa sepanjang tiga meter di bonet enjin kereta di kawasan parkir Flat PKNS, Seksyen 16 di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Kamus Mustaqim Isa, 38, bertindak menghidupkan enjin keretanya selepas dua hari bekerja dari rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Kamus, kenderaan itu bagaimanapun didapati tidak hidup dan mengesyaki kerosakan berlaku di bahagian penghidup (starter).

“Saya terkejut apabila melihat ular sawa yang seolah-olah sedang ‘tidur’ di atas bahagian enjin kereta itu.

“Ini merupakan kejadian seumpamanya berlaku dan saya segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang, Leftenan (PA) Muhammad Najib Mohamad Isahak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 1.10 petang.

“Pemeriksaan mendapati ular seberat 15 kilogram (kg) dan sepanjang tiga meter itu masih berada di bonet tersebut sebelum berjaya ditangkap 15 minit kemudian.

“Reptlia itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya. – !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI