fbpx

Jawi salur bantuan kemanusiaan bencana banjir di Pahang dan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCARAN Misi Bantuan Jawi Food Bank dan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan ke Pahang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melalui Jawi Food Bank dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan menyalurkan bantuan kemanusiaan bencana banjir di Pahang dan Kelantan.

Bantuan berkenaan merupakan keperluan asas bernilai RM 275,000 diagihkan pada 15 dan 19 Januari lalu.

Jawi dalam satu kenyataan berkata, bantuan ke Temerloh, Pahang disalurkan pada 15 Januari lalu dengan penghantaran bantuan keperluan asas berupa 5,000 kampit beras seberat 25 tan bernilai RM62,500.

“Bagi negeri Kelantan yang turut terjejas ekoran bencana banjir pula, penghantaran bantuan keperluan asas berupa 5,000 kampit beras seberat 25 tan bernilaiRM 62,500.00 pada 19 Januari 2021 lalu,” kata kenyataan tersebut.

Jelasnya lagi, kedua-dua siri bantuan tersebut adalah susulan Misi Bantuan Kemanusiaan yang telah dilaksanakan melalui Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,Taman Sri Rampai, Setapak ke Chini, Pekan Pahang, pada 11 Januari lalu.

Katanya, bantuan itu adalah kesinambungan misi sebelum ini yang dijayakan dengan kerjasama Jawi Food Bank bersama 19 buah agensi dan NGO yang lain.

“Penghantaran bantuan seperti beras, lampin pakai buang, kain pelikat, kain batik, telekung dan pelbagai keperluan harian mangsa banjir dengan nilai bantuan RM150,000 sebelum ini.

“Keseluruhan nilai bantuan yang terlibat dalam semua misi tersebut adalah berjumlah RM 275,000,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI