fbpx

Bayern tersingkir dikejutkan pasukan kerdil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN tersingkir daripada saingan DFB-Pokal apabila tewas pada pusingan kedua kepada Holstein Kiel menerusi penentuan sepakan penalti. – AFP

KIEL, JERMAN – Juara Eropah, Bayern Munich mendapat kejutan terbesar apabila tersingkir daripada saingan DFB-Pokal apabila tewas 5-6 kepada pasukan divisyen dua, Holstein Kiel menerusi penentuan penalti pada pusingan kedua awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Holstein itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga ke masa tambahan, sekali gus memaksa keputusan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Jurulatih Bayern, Hansi Flick mengakui tergamam dengan keputusan itu ketika mereka cuba mempertahankan gelaran trebel yang dimenangi musim lalu.

“Satu kekalahan yang sa­ngat mengejutkan, saya sangat kecewa.­ Sasaran utama kami musim ini adalah untuk pertahankan gelaran trebel, tetapi kini ia musnah.

“Secara keseluruhan, semua pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi serta mendominasi permainan. Bagaimanapun, kami dikecewakan dengan gol penyamaan oleh pasukan lawan pada penghujung permainan,” kata Flick.

Meskipun kecewa, beliau tetap memuji corak permainan yang ditampilkan pasukan tuan rumah selain melabelkan ­Holstein Kiel sebagai Giant Killers.

“Kami ucapkan tahniah kepada­ Kiel kerana memberikan tentangan yang cukup hebat. Apa yang saya belajar hari ini (semalam) adalah kami perlu lebih kemas di bahagian pertahanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI