fbpx

11 konco Adik curi tabung ekzos diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barang kes yang dirampas.

MELAKA – Seramai 11 konco Adik yang aktif melakukan kegiatan mencuri tabung ekzos kereta dipercayai untuk dijual di pasaran luar negara bagi mengeluarkan serbuk emas putih berjaya diberkas, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua suspek yang berusia antara 23 sehingga 43 diberkas pasukan khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Melaka Tengah.

Katanya, kesemua suspek itu berjaya diberkas susulan satu laporan polis yang dibuat oleh orang awam berhubung kecurian ekzos pada November tahun lalu.

“Bertindak ke atas laporan itu, satu pasukan khas telah menjejaki individu terlibat dan melalui petunjuk awal diperolehi kita berjaya menangkap tiga suspek termasuk dalang yang digelar ‘Adik’ berusia 33 tahun serta seorang wanita di Johor pada 5 Januari lalu.

“Susulan tangkapan itu, kita menangkap tiga lagi suspek pada hari sama di Merlimau, Jasin dan keesokannya seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah dicekup di Tanjung Kling, di sini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI