fbpx

Tiga penyamun diberkas bunuh rakan sejenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid dua dari kanan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

MELAKA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan hasil kegiatan samun dilakukan bersama, tiga lelaki dipercayai membunuh rakan sejenayah mereka dengan menikam perut dan leher mangsa sebelum meninggalkan mayat di dalam sebuah kereta di Rumah Pangsa Batu Berendam di sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, mayat mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan ditutup dengan kain putih di tempat duduk belakang kereta Proton Perdana milik isterinya, pada 7 Januari lalu.

Katanya, ketiga-tiga suspek itu bagaimanapun berjaya diberkas dalam tempoh kurang 24 jam selepas pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut.

“Susulan laporan dibuat oleh orang awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menahan suspek pertama berusia 39 tahun pada hari sama kira-kira pukul 10 malam di rumahnya di rumah pangsa berkenaan.

“Susulan tangkapan pertama itu, polis berjaya memberkas dua lagi suspek masing-masing berusia 34 dan 32 tahun di Ipoh, Perak pada 11 Januari lalu,” katanya pada sidang akhbar di IPK, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Tambahnya, dalam tangkapan tersebut pihaknya turut merampas beberapa senjata dipercayai digunakan oleh suspek dalam pembunuhan tersebut.

Ujarnya, berdasarkan keadaan fizikal mayat, mangsa dipercayai telah dibunuh dalam tempoh 48 jam sebelum ditemukan.

“Hasil bedah siasat dijalankan, mangsa didapati mati akibat hentakan kuat di kepala serta mempunyai kesan tikaman di perut dan leher.

“Kita percaya mangsa telah dibunuh di rumah suspek pertama di pangsapuri berkenaan kerana terdapat kesan darah di dalam rumah tersebut sebelum mayatnya diangkat dan diletakkan di dalam kereta terbabit,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI