fbpx

SIC kecewa ujian pra musim MotoGP dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN SHAFRIMAN

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) mengakui pihaknya kecewa selepas gagal untuk me­nganjurkan ujian pramusim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung pada 12 hingga 21 Februari nanti.

Pembatalan itu dibuat susulan arahan Kerajaan Malaysia yang mengisytiharkan perintah darurat sehingga 1 Ogos 2021 bagi membendung pandemik Covid-19 dari terus menular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, kes Covid-19 di negara ini telah mencecah angka 3,000 sejak bermulanya tahun baru 2021 hingga semalam.

MotoGP sebelum ini dijangka mengadakan dua ujian pramusim di SIC iaitu bermula 19 hingga 21 Februari, diikuti Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 10 hingga 12 Mac.

MotoGP telah mengesahkan bahawa ujian pramusim yang diadakan di SIC dibatalkan dan sesi ujian pramusim di Qatar akan berjalan seperti yang dirancang.

“Kami benar-benar kecewa dengan pembatalan ini. Saya yakin ia merupakan berita menyedihkan bagi peminat MotoGP di Malaysia dan seluruh dunia. Kami tidak sabar untuk menyaksikan aksi ujian rasmi sebelum musim sebenar bermula.

“Bagaimanapun, keselamatan dan kesejahteraan mereka yang terlibat tetap menjadi keutamaan kami dan kami tidak mampu mempertaruhkan kesihatan orang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif dalam satu kenyataan semalam.

Pembatalan itu bukan hanya tertumpu kepada sesi ujian MotoGP malah semua aktiviti di Sepang ditangguhkan buat sementara waktu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Januari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI